.

CHEF WAN "BENGANG"


Chef terkenal tanahair Redzuan Ismail atau lebih dikenali dengan jolokan nama "Chef Wan" hari ini memberikan kritikan terhadap CNN yang tidak menyenaraikan Malaysia sebagai di antara lima (5) buah negara yang mempunyai destinasi makanan terbaik didunia.

"Lima pilihan daripada segi kepelbagaian sepatutnya: nombor satu Malaysia, diikuti oleh Itali, Thailand, Jepun dan India," kata Chef Wan.

Menyifatkan penyenaraian CNN tersebut melalui pungutan suara di laman Facebook milik saluran kabel dan televisyen terkenal Amerika tersebut,menimbulkan keraguan kerana ianya tidak mencerminkan imej sebenar makanan negara tersebut.

Contohnya seperti Filipina yang mempunyai imej makanan yang paling teruk di rantau Asia serta makanan bagi negara tersebut berada ditangga terbawah dunia dan perkara ini diperakui oleh chef yang bertaraf antarabangsa.

"Filipina diketahui umum sebagai mempunyai makanan yang paling teruk di Asia. Tanya sahaja mana-mana chef, dan mereka akan memberitahu anda yang saya betul."

"Saya melihat makanan dari segi kepelbagaiannya dan rasanya yang mencerminkan budaya dan makanan, dan itulah sebabnya Malaysia sepatutnya menjadi yang pertama untuk destinasi makanan terbaik dunia," kata Chef Wan.





















Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: