Lim Guan Eng tidak menolak sebarang kemungkinan agenda Umno BN untuk memenjarakan Tun Mahathir sekiranya Pakatan Harapan kalah pada pilihanraya umum ke 14 yang lalu.
“(Kebanyakan pemimpin HARAPAN) masuk penjara pun dah. Bukan saja Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya pun dah.
“Yang belum masuk Dr Mahathir, dan saya rasa kalau tak menang kali ini (PRU ke-14 lalu) beliau pun kena masuk (penjara) juga.
“Tak akan kita nak lupa Tun Siti Hasmah diminta ambil keterangan polis. Kalau sana (BN) menang sama-sama kita meringkuk dalam penjara,” katanya.
Bagaimanapun, Lim berkata dengan kuasa Tuhan dan rakyat semua itu tidak terjadi.
“Tapi mujurlah kuasa rakyat dan Tuhan menentukan kita menang dan pulangkan kuasa kepada rakyat,” katanya.
Oleh itu, Lim berkata adalah penting bagi kepimpinan HARAPAN menjalankan tugas dan amanah yang diberikan rakyat dalam mentadbir kerajaan hari ini yang lebih bersih dan adil.
“Dr Mahathir cakap kita mesti bersih, kalau rasuah tiada maaf bagi mu. Tetapi kalau bersih, macam mana susah pun kita akan dapat cari wang untuk bayar gaji dan pencen anggota kerajaan.
“Ini pendekatan yang kita akan ambil sepanjang masa. Jadi kerajaan bukan mudah. Tapi kita ikhlas, bersih dan nak tubuhkan sebuah negara baru, bukan untuk diri sendiri tapi untuk rakyat dan anak-anak kita,” katanya.
Lim pernah di penjara setahun pada tahun 1989 atas kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa Ops Lalang.
0 comments:
Post a Comment