.

AGENDA UTAMA TUN MAHATHIR UNTUK MENGHANCURKAN UMNO


"Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan iaitu semata mata untuk memalukan Umno, menekan Umno, memecahbelahkan Umno, menakutkan pemimpin Umno lain, mengelirukan ahli Umno dan meyakinkan rakyat bahawa pemimpin Umno memang korup.

"Puas hati Tun M kerana berjaya menghina pemimpin utama Umno iaitu (Datuk Seri) Najib (Razak) dan Zahid sehingga terpaksa turun naik mahkamah beberapa kali dan tidur di lokap. Bukan itu sahaja famili mereka juga turut didera dan dimalukan," katanya dalam satu kenyataan media.

Penahanan dan pendakwaan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertujuan untuk membunuh parti Melayu itu, kata bekas Anggota Parlimen Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi.

Menurut Puad, sasaran Mahathir kini untuk membunuh Umno kerana parti Melayu itu dilihat 'liat' untuk dimatikan berbanding parti-parti komponen BN yang lain.

"Sebab itu tidak ada pemimpin MCA, MIC dan Gerakan yang disiasat dan didakwa.

"Kenapa? Jawapannya mudah, Tun M tidak berminat. Ketiga tiga parti berkenaan pada beliau sudah mati. Tidak perlu dimatikan lagi. Tetapi Umno nampak liat untuk mati.

"Tun M kecewa kerana selepas PRU ke-14, Umno belum lagi mati-mati," ujarnya.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: