.

NAJIB BERKATA,"PEMILIK AKAUN TERSEBUT DILINDUNGI AKTA KERAHSIAAN BANK."


Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Bekas Perdana Menteri itu hanya mengagak sumbangan itu dari Arab Saudi selepas Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud memberi jaminan akan menyokongnya.

“Ini kerana pemilik dana itu dilindungi oleh undang-undang kerahsiaan perbankan. Maka, apabila saya menerima dana, secara jujur saya beranggapan ia adalah sumbangan ikhlas dan pada saat itu, saya percaya ia daripada Arab Saudi berdasarkan perbualan dengan Raja Abdullah,” katanya dalam satu wawancara bersama Aljazeera 101 Timur, hari ini.

Pada September lalu, Najib mendedahkan beberapa dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Menerusi akaun Facebooknya, Najib mendedahkan tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah, satu daripadanya tertera perkataan ‘Recognition of Contribution to the Islamic World’ (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Najib turut menggesa pasukan penyiasat supaya menyiasat individu lain yang didakwanya turut terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Behad (1MDB) dan bukan hanya menyiasat Low Taek Jho atau Jho Low.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: