.

MASIH ADA LAGI KETUA POLIS DAERAH MENERIMA RASUAH


Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesan pegawai atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Daerah mengarahkan anak buah mengumpul dana demi kepentingan peribadi.

Amaran keras yang telah dikeluarkan oleh pihak beliau kepada Ketua Polis Daerah serta anggota polis yang masih bergiat aktif mengambil wang perlindungan bagi menghalalkan aktiviti perjudian serta melindungi warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah agar menghentikan perbuatan tersebut.

Beliau berkata walaupun amaran keras telah diberikan namun pihaknya masih mengesan perbuatan itu menjadi amalan segelintir pegawai dan Ketua Polis Daerah.

"Walaupun saya telah memberi amaran keras dan jelas, namun masih terkesan pegawai atasan termasuk Ketua Polis Daerah yang mengerah anak buah untuk mengumpul dana dengan cara yang hina kononnya untuk membiayai majlis sambutan perayaan.

"Lebih menjengkelkan, ada yang mendakwa bahawa kutipan berkenaan adalah untuk dipanjangkan kepada golongan asnaf.

"Jangan gadai maruah diri serta pasukan, dan tidak segan silu bergelumang dengan najis rasuah dan salah guna kuasa," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Justeru itu, Abdul Hamid memberi amaran keras supaya perbuatan keji dan terkutuk itu dihentikan sebelum padah menimpa diri serta tindakan diambil ke atas mereka yg terlibat.

SUMBER:AWANI




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: