.

KHAS ,PRK DUN N.01 PENGKALAN KUBOR : Wanita JR Perlu Bekerja Lebih Keras !!!


Pengerusi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Dato'Seri Sharizat Abdul Jalil hari ini mengadakan lawatan di setiap Pusat Daerah Mengundi DUN Pengkalan Kubor. 

"Jentera Jalinan Rakyat (JR) perlu bekerja dengan lebih keras bagi memastikan calon Barisan Nasional boleh diterima oleh setiap hati pengundi dan masyarakat setempat." Katanya didalam ucapanya sewaktu singgah melawat Peti Undi Teluk Jering.

Kata-kata semangat diberikan kepada jentera wanita umno di setiap pusat daerah mengundi yang sempat di lawati olehnya. 

Menyedari bahawa wanita umno telah banyak memberikan sumbangan terhadap perjuangan parti melayu itu, Dato'Seri Sharizat menyatakan bahawa, pucuk tertinggi pimpinan UMNO Malaysia tidak memandang rendah dan enteng kepada usaha dan jasa yang pernah ditaburkan oleh Wanita Umno terhadap parti Barisan Nasional. 

Di seluruh Malaysia , wanita umno adalah jentera yang terbaik didalam menjalankan tugas yang diberikan kepada JR bagi mengenal pasti pengundi dan memastikan setiap usaha parti dijalankan dengan baik dan sempurna. 

Beliau juga menyeru agar, menambahkan lagi ahli wanita Umno dan libatkan generasi muda hari ini dengan kerja-kerja sukarelawan itu agar generasi muda hari ini belajar dan mengetahui sejarah perjuangan bangsa Melayu. 




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: