"Tiada apa yang perlu disembunyikan Kerajaan Persekutuan," itulah tegasan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan fitnah royalti minyak berjumlah RM12 bilion yang dibangkitkan PAS pada kempen-kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.
Malah, Mustapa menjelaskan, isu itu tidak sepatutnya lagi menjadi modal dalam kempen pilihanraya.
“Maka kita tidak boleh berdiam diri, kalau kita berdiam diri kita iyakan…kerana kita ada pendirian, tak akan kita sebegitu jahat hendak tahan RM12 bilion, kita ni telus.
“Kita tahu semua akaun apa semua, jadi buktikan lah, buktikanlah di mana di mana RM12 bilion itu.
“Jadi ini fitnah, oleh kerana fitnah tersebut RM12 bilion rakyat Kelantan sudah khayal dengan wang yang banyak, kita tanya dia (PAS) mana?
“Kerajaan ada akaun dan dia boleh semak, tidak ada masalah, jadi kerajaan pusat mengambil pendirian terbuka dan saya rasa (ia) tidak jadi masalah,” tegas Mustapa.
Mustapa pada masa sama juga menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) menzalimi rakyat Kelantan, sebaliknya menjelaskan kerajaan pusat sudah berkali membantu menyelesaikan defisit belanja mengurus dialami kerajaan PAS Kelantan.
Mustapa berkata demikian pada sidang media di Pusat Media PRK Pengkalan Kubor, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Selasa.
Pada sidang media yang sama, Mustapa yang juga Pengarah Jentera PRK DUN Pengkalan Kubor, mengumumkan bahawa BN akan mengurangkan aktiviti kempen dan ceramah, sebaliknya digantikan program solat hajat di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Tempoh bertenang itu dibuat sebagai persediaan, selain mengharapkan proses pengundian penuh, pada Khamis ini berlangsung dengan aman tanpa sebaran kekacauan.
“Malam ini mungkin malam terakhir kerana esok kita sudah bertenang dan solat hajat.
“Jadi kerja-kerja kita hari ini sampai petang esok kerana esok kita dan bertenang dan kita mahu semua PDM mengadakan solat hajat untuk mendoakan kemenangan barisan nasional,” katanya.
0 comments:
Post a Comment