.

[EDISI KHAS] PRK P.44 "MESEJ DARI BIDAI BESI"



TalkWithHand : Pakatan Rakyat tidak harus memberikan sedikit ruang kepada Barisan Nasional untuk menakluk Permatang Pauh di dalam Pilihanraya kecil bagi parlimen tersebut.

"Permatang Pauh perlu di pertahankan demi menjaga kepentingan rakyat dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat."katanya. 

Demikian pesanan yang diterima oleh Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim yang sempat berpesan kepada Wan Azizah yang hadir untuk melawatnya pada 10 April lalu di penjara Sungai Buloh. 

Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh kerana sabit kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhary serta dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara di Sungai Buloh.

“Anwar berpesan minggu lalu semasa saya melawat beliau, Permatang Pauh mesti dikekalkan kemenangannya.

“Jangan beri sedikit pun ruang kepada Umno BN. Kemenangan Umno BN adalah penderitaan kepada rakyat,” kata Wan Azizah ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Guar Perahu, Penanti pada Selasa.

Penamaan calon PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pula 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei.





Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: