ANDAI KATA MUKHIRZ MELEPASKAN JAWATAN ?
Krisis politik yang berlaku hari ini di Malaysia , bukan lah sebuah fenomena yang baru didalam sejarah arena politik tanahair. Namun apa yang berlaku kini krisis yang bermula dengan perkara yang boleh dianggap dapat diselesaikan dengan cara professional , bakal menemui klimaks apabila pemimpin pujaan ahli parti dan idola rakyat berhasrat untuk meninggalkan parti.
Krisis politik yang berlaku hari ini di Malaysia , bukan lah sebuah fenomena yang baru didalam sejarah arena politik tanahair. Namun apa yang berlaku kini krisis yang bermula dengan perkara yang boleh dianggap dapat diselesaikan dengan cara professional , bakal menemui klimaks apabila pemimpin pujaan ahli parti dan idola rakyat berhasrat untuk meninggalkan parti.
Pemimpin UMNO hari ini seolah cacing
kepanasan , bilamana bekas presiden parti UMNO Tun Mahathir Mohammed
menyuarakan pertanyaan berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu
dengan mengeluarkan kenyataan yang berbentuk persoalan “ SIAPAKAH YANG MEMBERIKAN
ARAHAN UNTUK MEMBUNUH ALTANTUYA “ kepada Dato’Seri Najib perdana menteri Malaysia.
Krisis yang berlaku benar-benar
mencabar sokongan terhadap Najib Razak apabila pentadbiranya kini dilihat
pincang dengan sokongan pelbagai isu semasa yang melibatkan beliau. Ada yang
berpendapat bahawa Tun M sengaja mengusik pentadbiran Najib kerana dirinya
tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Najib serta serangan yang dibuat
oleh bekas perdana menteri tersebut bercorak peribadi.
KECAMAN TERHADAP MUKHRIZ
Mukhriz Mahathir pada awalnya dilihat
seolah tidak mahu campur tangan didalam konflik yang berlaku sungguhpun ia berpunca
dari bapanya. Namun setelah menerima desakkan dari dalam UMNO yang meminta
dirinya membuat kenyataan sokongan kepada kepimpinan Najib Razak, Mukhriz telah
memberikan “kata dua “ kepada pucuk pimpinan parti tersebut. Sekiranya Najib
mampu menjawab persoalan yang diberikan oleh Tun M kepadanya, Mukhirz akan
berikan sokongan kepada Najib.
Namun sehingga ke hari ini, jawapan yang dinantikan masih tidak dijawab oleh Najib Razak. Mukhriz menerima kecaman hebat daripada kepimpinan UMNO Kedah apabila Ahmad Lebai mendesak Mukhriz berikan sokongan kepada kepimpinan perdana menteri. Namun keputusan yang dibuat oleh Mukhriz hari ini adalah dengan memberikan tarikh akhir untuk dirinya menyatakan keputusan tersebut iaitu pada 24 april 2015 nanti.
Namun sehingga ke hari ini, jawapan yang dinantikan masih tidak dijawab oleh Najib Razak. Mukhriz menerima kecaman hebat daripada kepimpinan UMNO Kedah apabila Ahmad Lebai mendesak Mukhriz berikan sokongan kepada kepimpinan perdana menteri. Namun keputusan yang dibuat oleh Mukhriz hari ini adalah dengan memberikan tarikh akhir untuk dirinya menyatakan keputusan tersebut iaitu pada 24 april 2015 nanti.
Ini menimbulkan tanda tanya kepada
seluruh kepimpinan perhubungan UMNO Negeri Kedah. Apakah jawapan yang akan
diberikan oleh Mukhriz Mahathir pada tarikh tersebut. Adakah ianya akan memihak
kepada parti atau sebaliknya.
Dalam masa yang sama juga ,
desas-desus menyatakan bahawa Mukhriz akan melepaskan segala jawatan yang
disandang olehnya atas kapasiti sebagai menteri besar. Namun tiada kepastian
diatas keputusan tersebut.
ANDAIKATA MUKHRIZ MELEPASKAN JAWATAN
Penulis berpandangan didalam
berteka-teki dalam jawapan yang bakal diberikan oleh Mukhriz nanti. Sama ada
keputusan yang dibuat akan memikah kepada parti atau bapanya sendiri kedua-duanya
akan memberikan kesan yang sangat terkesan sama ada kepada parti UMNO atau
bapanya Tun Mahathir.
Mukhriz menyedari kecenderungan
politik Tun M hari ini lebih kepada parti pembangkang. Sekiranya Mukhriz
membuat pengumuman yang drastic dengan mengambil arah untuk meniggalkan UMNO, kekusutan yang berlaku belum tentu ianya
berkesudahan dengan baik. Sebaliknya mungkin Mukhriz akan dianggap sebagai punca
kepada “PERPECAHAN KAUM “ pada masa akan datang.
Kita perlu sedar bahawa faktanya
adalah , mukhriz dan Tun M mempunyai “SILENT SUPPORTERS” walaupun Tun M tidak lagi memerintah Negara.
Demikian juga dengan Mukhriz, yang mempunyai sokongan generasi muda serta di
dalam parti UMNO sendiri, Mukhriz mempunyai sokongan yang kuat oleh sayap-sayap
parti.
Sekiranya Mukhirz meninggalkan UMNO
dengan menyertai perjuangan bapanya, tidak mustahil Mukhriz akan bawa bersama
penyokong tegarnya bersama. Ini tidak mustahil akan berlaku didalam memberi
sokongan terhadap bapanya Tun Mahathir yang akan terus menyerang kepimpinan
Najib Razak walapun terpaksa membuat pengisytiharan untuk meninggalkan UMNO
sekali lagi.
Perkara ini semakin jelas kelihatan
apabila sokongan yang diberikan oleh bekas pemimpin UMNO terdahulu sewaktu
berada didalam era pemerintahan Tun M dahulu. Antaranya adalah Tun Daim , Tan
Sri Sanusi Junid , Musa Hitam , Tan Sri Md.Taib , Ku-Li serta mungkin akan
lebih ramai lagi bekas pemimpin UMNO akan berikan sokongan terhadap Tun
Mahathir.
APAKAH AKAN BERLAKU SEKIRANYA TUN M MENDAPAT SOKONGAN YANG PADU ?
APAKAH AKAN BERLAKU SEKIRANYA TUN M MENDAPAT SOKONGAN YANG PADU ?
Peristiwa Khalid Ibrahim bekas
menteri besar Selangor membuat pertemuan sulit bersama Hadi Awang di Jakarta
Indonesia menimbulkan tanda tanya kepada penulis. Ada yang berkongsi info
dengan penulis , pertemuan mereka adalah kerana membincangkan strategi yang
telah disusun rapi oleh Khalid Ibrahim untuk menumbangkan kepimpinan Azmin Ali
yang kini sedang mentadbir Negeri Selangor selepas Khalid Ibrahim diminta untuk
berundur dari kepimpinan Negeri Selangor.
Namun, persoalan yang bermain di
benak fikiran penulis apakah benar 5 orang ADUN PKR bersedia untuk meninggalkan
kerusi PKR dan bertindak menukar keahlian mereka kepada PAS sekaligus ianya
akan memberikan tamparan yang kuat buat pentadbiran Azmin Ali hari ini.
Berdasarkan ulasan Mukhriz yang
melihat kecenderungan Tun M hari ini adalah lebih memihak kepada prti
pembangkang, maka tidak hairan sekiranya perlepasan jawatan yang dibuat oleh
Mukhriz ianya adalah sebagai tanda sokongan padu kepada Tun M yang mungkin akan
menyertai PAS Selangor serta akan menempatkan orang-orang politik lama didalam
pentadbiran Negeri Selangor akan datang.
Sekaligus kita akan berpandangan
bahawa Tun M adalah pengkianat nyata mengorbankan perjuangan UMNO serta, demi
memenuhi ketidakpuasaan hatinya terhadap kepimpinan Dato’Seri Najib hari ini
Tun M sanggup melakukan apa sahaja bentuk serangan terhadap Dato Seri Najib
serta kepimpinan UMNO hari ini.
Agak pelik, dengan suasana politik
tanahair sejak mutahir ini. Tan sri Md.taib yang telah sekian lama berdiam diri
, mula berbunyi dengan memberikan sokongan terhadap Tun M . Demikian juga
dengan Daim , Musa Hitam , Ku-li dan beberapa orang veteran UMNO. Timbul lagi
persoalan mengapa orang-orang lama didalam perjuangan UMNO dahulu kini mula
ENTERFRAME dan appear di MediaSosial dengan kenyataan sokongan mereka terhadap
Tun M.
Penulis berpendapat , “Tun M and The
Veteran Team” akan langgar masuk pentadbiran Selangor dibawah telunjuk Azmin
Ali tidak lama lagi. Tan Sri Md.Taib diantara penyokong setia Tun M , demikian
juga dengan Daim , Ku-li dan yang lain-lain. Senang cerita “TEAM SEMANGAT 46 “.
Tetapi perbezaannya adalah “SEMANGAT 46” yang dahulu adalah pecahan dari UMNO
lama dan UMNO baru , tapi kini “SEMANGAT 46” adalah parti pembangkang yang
menentang ketirisan yang tidak war-warkan disebalik pentadbiran Azmin Ali.
Bilamana PAS Selangor berjaya merampas
kuasa pentadbiran dari tangan Azmin Ali , maka Selangor adalah negeri ke-2 akan
menyokong perlaksaan hukum hudud selepas Kelantan membuat pengisytiharan
tersebut. Perkara ini akan mengheret PAS
menjadi “SINGLE PARTY” semula serta ianya akan di ketuai oleh Tun M sendiri
atau sebarang kemungkinan MUKHRIZ akan diangkat menjadi MB Selangor mewakili
parti PAS.
0 comments:
Post a Comment