.

Buletin Utama TV3 sebentar awal-awal lagi telah menyiarkan amaran pihak polis kepada mereka yang menjadi suspek punca kekacauan dan kekecohan perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini. Antara yang dianggap suspek adalah Cikgu Bard , Azmin Ali , Anwar Ibrahim , AMBIGA dan yang terakhir adalah Nik Aziz. 

Pengakuan yang dibongkar oleh Bloggerians KL POS tadi menunjukan bahawa Nik Aziz adalah Funder kepada rakyat kelantan yang setia bersama Nik Aziz untuk menaja mereka untuk hadir ke perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. 

Berapa ramai yang Nik Aziz taja itu TWH tidak pasti , tapi yang pasti pengakuan yang dibuat oleh pemimpin agung itu (Nik Ajis) telah menaja peserta BERSIH 3.0 dari Kelantan untuk menyertai perhimpunan yang kononya menuntut Pilihanraya BERSIH tetapi agenda sebenar adalah perhimpunan Justice @ Reformasi untuk Anwar Ibrahim. Dua perkara yang berbeza diantara BERSIH dan REFORMASI. 

Namun demikian Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman menyatakan bahawa , tindakan bakal dikenakan sekiranya senarai suspek tidak hadir dalam tempoh diberikan. Atau tangkapan harus dibuat selepas tempoh tersebut berlalu. 

Pihaknya juga menegaskan agar peserta tidak dibenarkan untuk hadir bersama peguam mereka sendiri sehingga siasatan tersebut selesai dilakukan. 

TWH menganggap Nik Aziz akan hadir juga di Bukit Aman ketika hari terakhir nanti. Ini adalah kerana Nik Aziz ingin bersama keluarganya sebelum disumbatkan kedalam lokap Bukit Aman bagi membantu siasatan lanjut keatas dirinya selesai. 

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: