.

JANJI TETAP JANJI !!!!! DAP JANJI APA KEPADA RAKYAT PULAU PINANG 2008 !!!!



“Projek ini akan dibina di bahagian pulau, memerlukan perbelanjaan besar lebih RM1 bilion. Ia akan dilaksanakan secara tender terbuka, sekali gus mengelak tuduhan dan fitnah pembangkang yang cemburu dengan kemampuan dan kejayaan BN melaksanakan banyak projek pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai perkhidmatan pengangkutan itu ketika melawat Pulau Pinang kelmarin selain pembinaan 20,00 unit rumah murah dan mampu milik di negeri itu dalam masa terdekat.

Sebanyak 10,000 unit akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala selebihnya oleh agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

SELEPAS BARISAN NASIONAL AMBIL BALIK PULAU PINANG 

Rakyat Pulau Pinang perlu tahu bahawa kerajaan hanya akan laksanakan projek-projek yang memberikan keuntungan kepada rakyat Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menakluki Pulau Pinang semula. 

Ini bukan satu ugutan kepada rakyat Pulau Pinang , malah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan semula bahawa BN lebih efisyen dan realistik jika dibandingkan dengan PakatanPembangkang . 

Pengarah SPNB , akan melaksanakan rumah mampu milik yang harganya bermula dari RM90,000 hingga RM400,000 mengikut kemampuan setiap lapisan masyarakat dan kemampuan mereka bermula pada tahun hadapan. 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: