.

GEMPAR !!!! PELABUR LUAR TIDAK YAKIN KEPADA PAKATANRAKYAT !!!!




Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menarik pelabur asing ke negeri ini berikutan kemerosotan jumlah pelaburan yang dicatatkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sehingga Jun lalu, hanya sejumlah RM1.8 bilion pelaburan asing yang diterima Pulau Pinang iaitu jauh merosot berbanding RM10 bilion pada 2010.

"Ketika ini Pulau Pinang berada di tangga kelapan di belakang Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan Kuala Lumpur.

"Proses menarik pelabur tidak berlaku sekelip mata sebaliknya memakan masa antara tiga hingga empat tahun. Ini bermakna sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri gagal melaksanakan tugas mereka walaupun Kerajaan Pusat melalui pelbagai agensi berusaha membantu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat pelaburan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras kawasan Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Tegas Mukhriz, ini bermakna prestasi cemerlang yang dicapai Pulau Pinang pada 2010 adalah berpunca daripada usaha kerajaan BN yang mempromosikan peluang pelaburan sekitar 2006 dan 2007.

Mengenai kemerosotan pelaburan yang dialami negeri ini pada tahun ini, Mukhriz berkata, kekuatan ekonomi Pulau Pinang yang bergantung kepada eksport barangan elektrik dan elektronik juga dikenal pasti sebagai punca kerana ketika ini peringkat global industri itu mengalami kelembapan.

"Selain itu, pelabur juga akan melihat iklim politik di samping perkara lain seperti kemudahan infrastruktur sebelum membuat keputusan.

"Ketika saya mengadakan rombongan mempromosikan perdagangan di Jepun pada tahun lepas, usahawan dari negara terbabit meminta jaminan tentang keselamatan di negara ini supaya yakin perniagaan mereka akan selamat," katanya.

Ujarnya, hal demikian kerana beberapa minggu sebelum lawatan itu berlaku perhimpunan Bersih yang mengakibatkan kekacauan dan kejadian tersebut telah memberi persepsi buruk tentang negara di mata pelabur Jepun.

"Selama ini mereka difahamkan Malaysia adalah negara yang selamat dan tidak berlaku keadaan rusuhan seperti di Jakarta dan Bangkok," katanya.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: