.

GEMPAR !!!!! UMPAMA MELEPASKAN "BOM" , LIM GUAN ENG SAKIT JANTUNG !!!!!


 Pulau Pinang - Sudah hampir empat tahun lebih Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipimpim oleh Lim Guan Eng , ternyata apa yang dijanjikan pada PRU-12 lalu hanyalah omong kosong semata-mata tanpa ada satu pun janji yang mereka kotakan. 

Ketika ini , harga rumah di Pulau Pinang melambung tinggi harganya. Kerajaan negeri pula sibuk membina kondo-kondo mewah dan rumah-rumah mewah tanpa mengambil kira purata pendapatan bumiputra di Pulau Pinang. Akibatnya , anak jati bumiputra Pulau Pinang terpaksa membeli rumah di luar kawasan Pulau Pinang. 

Persoalan yang sama Dato' Seri Najib bertanyakan kepada Lim Guan Eng pada majlis "Jelajah Janji Ditepati" yang dirasmikan oleh beliau pada pagi tadi di Padang Kawad USM. "Dimana projek perumahan rakyat , yang membolehkan golongan bumiputra memiliki rumah mereka sendiri?" 

Dihadapan kira-kira 30,000 orang jumlah  yang hadir untuk bersama-sama Pucuk pimpinan Barisan Nasional itu pada pagi tadi , Dato' Seri Najib telah pun menjanjikan akan membina 20,000 buah rumah mampu milik di negeri itu. 

10,000 buah rumah berkenaan akan dibina oleh PRIMA manakala 10,000 lagi oleh agensi kerajaan PERDA,SPNB dan JKP.

Beliau juga beri jaminan rumah akan dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran terbuka di negeri itu sekarang.

Bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang kebelakangan ini turut menghantui pendudukan negeri khususnya disebelah pulau.Najib berjanji jika BN kembali berkuasa di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13,kerajaan akan kaji untuk atasi masalah itu.

Serentak dengan itu Perdana Menteri juga memberi jaminan kerajaan BN tidak akan biarkan orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dalam arus pembangunan.

Namun katanya kerajaan tetap akan jaga kebajikan orang Cina dan India di negeri itu.

Beliau mengingatkan orang Pulau Pinang supaya buka mata terhadap kelentong kerajaan pakatan pembangkang yang tidak tunai janji-janji mereka.

Menurut beliau contoh yang jelas ialah isu Kampong Buah Pala di Gelugor yang akhirnya diselesaikan oleh kerajaan BN.

Sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji nak selesaikan masalah mereka masa kempen pilihanraya Mac 2008.

Beliau menegaskan ‘ Janji Ditepati’ adalah jenama kerajaan BN yang sentiasa tunaikan janji yang dibuat. 

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: