.

DESAK !!!!! MENGELAK PERJELAS ISU KALIMAH ALLAH !!!


(Bernama) — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus mengelak daripada wartawan yang cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan PAS menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Beliau terus beredar tanpa menghiraukan soalan wartawan selepas sidang media mengenai penafian penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran Penang Run 2013, di sini hari ini.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP tidak melayan soalan-soalan yang diajukan kepada beliau dan terus meninggalkan majlis di pejabatnya itu walaupun dipanggil berkali-kali oleh wartawan.
Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh beliau dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong para pemimpin pakatan pembangkang termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, PAS dan pemimpinnya termasuk Nik Abdul Aziz kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju atas alasan kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu malah Nik Abdul Aziz menyifatkan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain adalah mengarut.
Kenyataan Lim terus mendapat tentangan pelbagai pihak terutama PAS menyatakan tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah Allah walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta supaya ia dikaji semula.
Sementara itu, Lim juga enggan menjawab apabila seorang wartawan cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai demontrasi oleh sekumpulan individu yang mendakwa anggota dan penyokong DAP di Pusat Khidmat Air Putih, di sini hari ini.
“Biar mereka berhimpun….saya akan komen esok,” kata Ketua Menteri.
Kira-kira 45 orang yang didakwa penyokong DAP dan Timbalan Ketua Menteri II P.Ramasamy menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pengundian Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 15 Dis lepas.
Sekumpulan individu yang mendakwa penyokong dan anggota DAP dari beberapa kawasan telah mengadakan demostrasi selama tiga hari sejak Rabu dan Jumaat lepas di Butterworth dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menggesa DAP mengadakan pemilihan semula CEC.
Sementara itu, Ramasamy ketika ditemui menafikan kumpulan yang berdemonstrasi itu adalah penyokong beliau.
“Penyokong saya tak akan buat macam itu…mereka akan tanya pandangan saya dulu,” katanya.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Anonymous said...

Combien d'articles faut-il pour commencer un bon blog?