YAB Dato’
Sri Najib Tun Razak, menunjukkan sifat kenegaraannya yang tersendiri, apabila
meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengenai Kad Pengenalan (RCI) di Sabah.
Tatkala pihak pembangkang, diketuai Anwar Ibrahim dan sekutu-kutunya bertepuk
sakan kononnya DS Najib tidak akan berani menubuhkan RCI Sabah, mereka
tiba-tiba terkejut apabila sebaliknya berlaku.
Anwar terkejut dengan Keterbukaan, Keberanian dan Kesungguhan DS Najib
ini.
Sejak 2009,
DS Najib mengamalkan pendekatan Kesederhanaan (Wasatiyyah) dengan mempopularkan
aktiviti turun padang bertemu rakyat, mendengar suara rakyat dan menyelesaikan
masalah rakyat. Sebaliknya, Anwar dan pakatan pembangkang tidak habis-habis menimbukan huru-hara dengan demonstrasi sedangkan perkara kecil
seperti Janji Pilihanraya 2008 hendak memberi wang RM150 kepada Ibu Tunggal dan
RM100 kepada pelajar-pelajar di Selangor pun tidak mampu ditunaikan sehingga
hari ini!
Dr. Chandra
Muzafar, mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan dalam tulisannya yang terkini
minggu lalu menempelak Anwar kerana membesar-besarkan projek IC di Sabah,
sedangkan ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sangat
berkuasa ke atas Sabah. Apakah yang Sabah dapat, sedangkan permintaan Kerajaan
Negeri Sabah supaya Anwar meluluskan penubuhan sebuah Univerisiti untuk Sabah
ditolak mentah-mentah!. Apa jawapan Anwar? Datuk Seri Pairin Kitingan berkata,
Anwar tidak melayan permintaan rakyat Sabah itu malah Anwar menjawab, “ Sabah
tidak memerlukan sebuah Universiti!”.
Kegiatan Mengkomersialkan Kad
Pengenalan
Kenyataan
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan Tidak Wujud
apa yang dikatakan Projek IC oleh JPN atau pun Kerajaan Barisan Nasional. Apa
yang berlaku ialah Sindiket yang dibuat oleh individu-individu tertentu di
Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya
sudah bermastautin lama di Sabah telah “mengkomersialkan” kononnya
mereka boleh mendapatkan IC dengan cara
mudah.
Sebuah
keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada kami, dia kerugian
RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan
Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir
RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama “pengurus” kononnya
mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa
menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.
Sebaliknya,
Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh
kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus
individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun
individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.
Sangat
jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal ini. Kami dapati,
isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan Ketamakan sesetengah
orang yang bertujuan mendapatkan wang dengan cara mudah.
Permohonan Biasa
Lawatan kami
ke JPN Sabah mendapati wujud sebuah Unit yang dikenali sebagai Unit Khas Sabah.
Seorang pegawai JPN yang kami temui berkata tujuan Unit Khas ini adalah untuk
memproses permohonan-permohonan IC yang bermasalah di Sabah. Contoh-contoh
masalah yang dikesan ialah Pertindihan Nombor IC. Terdapat kes di mana wujud
dua atau tiga orang yang menuntut satu nombor IC yang sama. Unit Khas akan
menyiasat ketiga-tiga permohonan tersebut, pemohon yang sebenar boleh dikesan
melalui Pendua yang ada di JPN
Putrajaya.
Malah JPN
turut mewujudkan Bahagian Siasatan di mana sekiranya wujud keraguan pemohon
diminta melakukansehingga ke tahap Ujian DNA untuk membuktikan mereka adalah
anak kepada ibu bapa yang betul. Siasatan sangat-sangat ketat, apatah lagi JPN
mempunyai Link dengan pihak PDRM dan
Jabatan Imigresen yang membolehkan pihak JPN boleh mengesan jika wujudnya sebarang
penipuan.
Penipuan-penipuan
sebegini berlaku kerana wujudnya sindikiet-sindiket IC sepertimana yang
dinyatakan di atas tadi.
Ds Najib Sangat Transparent
Manusia yang
paling takut sekarang ini ialah Anwar Ibrahim. Ketakutanya terbukti apabila
Anwar menyuruh Azmin Ali supaya mereka-reka cerita kononnya akan wujud tuduhan
bahawa Anwar terlibat dalam IC Sabah! Bagi kebanyakan rakyat Sabah yang kami
temui, jika tidak terlibat mengapa Anwar perlu takut???
Manakala DS
Najib tanpa rasa takut kononnya andaian BN akan tergugat dengan RCI ini, telah
meminta supaya ahli-ahli RCI menjalankan tanggungjawab dengan berani, adil dan
tidak berselindung-selindung, kata DS Najib.
Berbeza
dengan Anwar, beranikah Anwar mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja
mengenai kegiatan mencuri Pasir di Selangor di mana Anwar dan anaknya Nurul
Izzah telah mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya memberikan kontrak-kontrak
pasir di Selangor kepada kroni masing-masing. Pembunuhan Taukeh Pasir di
Selangor, Datuk Robert di Banting amat menakutkan Anwar Ibrahim kerana jika
Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan menyiasat kematian tersebut, maka akan
terbongkarlah kegiatan Anwar dan anaknya Nurul Izzah dalam kes curi pasir di
Selangor.
YB DSP
Pairin Kitingan menyokong kesungguhan DS Najib dengan meminta semua pihak
memberi peluang kepada RCI menjalankan siasatan mereka dan janganlah memberi
kesimpulan awal. Begitu juga DSP Salleh Said Keruak meminta orang ramai memberi
peluang kepada RCI menjalankan tugas mereka. Di samping itu, DSP Salleh
mendesak supaya Anwar tidak Hikpokrit berkenaan hal IC Sabah kerana ketika itu
Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sangat-sangat berkuasa di
Sabah, termasuk hal berkenaan IC.
Sejarah Imigran Sabah Yang
Berliku-Liku
Dari sudut
Sejarah, negeri Sabah ataupun Borneo Utara pernah diperintah oleh Raja-Raja
dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Syarikat Edward Gent Bersaudara,
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), penjajah Jepun dan akhir sekali
diberikan kepada Kerajaan British selepas Perang Dunia Ke-2 (1945).
Di Pantai
Timur Sabah khususnya di Tawau, Syarikat Hindia Timur Belanda pernah mentadbir
daerah Tawau dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin tempatan dari suku Bugis dan
Bajau. Sehingga ke hari ini, orang-orang Sulu (Suluk) Bajau Filiphina
berulang-alik dari Sandakan ke Bandar Zambonga, atau dari pelabuhan ikan di Semporna
ke pulau-pulau di Basilan dan Palawan di Selatan Filiphina.
Manakala
orang-orang Banjar, Bugis dan Jawa berulang-alik setiap hari dari bandar-bandar
Nunukan, Tarakan, Sg. Nyamuk di Pulau Wallace Bay ke Bandar Tawau. Ianya sama
sahaja dengan pergerakan orang-orang Melayu Siam di Pattani dan Naratiwat di
Thailand yang mengunjungi saudara mara mereka di Kota Bharu.
Juga berlaku
sejarah tuntutan Kerajaan Filipina ke atas Sabah dan tuntutan oleh waris-waris
Kesultanan Sulu yang menetap di Sabah. Namun, kejayaan DS Najib dan Kerajaan
Malayhsia menjadi Orang tengah yang mengamankan pemberontakan BangsaMoro dengan
Kerajaan Filipina amat-amat mengkagumkan Dunia Islam di seluruh Dunia. Sebab
itulah DS Najib diberi Sambutan Besar-Besaran oleh Kerajaan Perdana Menteri
Ismail Haniyeh di Gaza minggu lalu.
Malah
akhbar-akhbar utama di Amerika seperti New York Time, World Politic Riview dan Haarezt
telah memberikan Perhatian yang sangat besar akan Kejayaan Lawatan DS Najib di
Gaza. DS Najib telah diberi jolokan Hero Baru Dunia Islam. Malangnya Anwar
Ibrahim masih berbangga dengan kenyataannya ini, “..i will support all effort of Israeli…”
Hari ini,
negeri Sabah dilimpahi oleh kira-kira 800,000 (Jabatan Perangkaan;2010) pekerja
asing dari negara-negara Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon,
Indonesia, Bangladesh, Nepal, Taiwan, Negara China dan Vietnam. Mereka ini
bekerja di sektor perladangan, pembuatan, pertukangan, perikanan, perkebunan,
pelancongan dan sebagainya. Ada di kalangan mereka sudah menetap melebihi 10
tahun, tidak ingin kembali ke negara asal mereka. Semua ini akan memberi
cabaran yang lebih besar kepada kita untuk menjaga keselamatan negara kita.
Kesimpulan: Kesederhanaan DS Najib
Luar Biasa
Kepimpinan DS
Najib telah berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau
benar-benar seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat, tidak takut dengan
kebenaran lantas meminta RCI bersungguh-sungguh menjalankan siasatan.
Sejak zaman
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang DS Najib Tun
Razak telah tidak jemu-jemu menjayakan keinginan BangsaMoro untuk memerintah
sendiri wilayah mereka dan akhirnya membuahkan kejayaan di bawah pentadbiran DS
Najib.
Kesimpulannya,
Isu IC Palsu, IC Projek atau Pengundi Hantu sebenarnya tidak pernah wujud.
Ianya merupakan kegiatan individu-individu sendiri yang mencari kekayaan dengan
cara mudah. Mereka ini digelar “pengurus” yang meminta suapan mencecah
beribu-ribu ringgit. Kajian juga mendapati terdapat kakitangan kerajaan yang
terlibat dengan individu-individu “pengurus” ini, namun ketangkasan pihak Polis
dan SPRM telah berjaya menangkap beratus-ratus individu-individu ini dan
kakitangan kerajaan yang terlibat.
Ianya
sangat-sangat sukar diatasi melainkan kita memberi sokongan kepada kerajaan
untuk berganding bahu membenteras aktiviti menjual kewarganegaraan ini. Tetapi
percayalah, kerajaan DS Najib akan lebih transparent dengan sokongan kuat dari
rakyat. Kita tidak perlu menipu rakyat sebagaimana kes Pengundian CEC parti DAP
itu!
2 comments:
dasar bnumno penipu. skrg engko berani tubuhkan rci sebab bukan engko yg buat idea bodoh nk bnumno menang tp tu c mahadir tua kutuk tu punya psl. lgpun tu sedekad yg lalu susah nak trace dah.. kmi rkyt sbh terseksa kehadiran pendtang haram dr filipin dan indon mengaku sabah konon.km musa x aman tu knp dah melekat ke punggung kat kerusi tu dah nak mampus x turun2 lg p jd bekas km. dia la salah satunya bangsa filipin lanun dpt manfaat projek bnumno ni. kebsaannya kme teri sabah bergilir gilir 4 thn je dok jd km tp si misai hitam ni entah knp dah berapa penggal jd km sabah. selagi dia ni jadi km sabah filipin ni terus masuk dan menetap d sabah secara free, sbb si musa x aman gila ni pun keturunan suluk filipin x tamadun dulu.
ya setuju sgt2, Sebelum menulis apa2 kat sini Allah s.w.t dah bg pas tiket masuk neraka jahanam utk bnumno ni. Allah s.w.t melihat apa yg mereka petbuat
Post a Comment