.

HARUS BACA !!!!! PERGADUHAN KAUM ADALAH PENGHAPUSAN BANGSA !!!!


Seperti yang kita sedia maklum sejarah BERDARAH tanahair 13 mei 1969 telah pun meniggalkan kesan dan parut dihati orang-orang melayu sehingga ke hari ini. 

Dan hari ini , pertempuran antara dua bangsa tidak akan berlaku lagi , malah yang lebih teruk lagi dari itu PASTI akan berlaku , bilamana , sebuah rumpun MELAYU di Malaysia telah pun berjaya dipisahkan melalui kuasa politik pembangkang. 

Ini adalah kenyataan sebenar landskap politik tanahair , yang semakin hari memperlihatkan bangsa MELAYU semakin berpecah dan tidak bersatu malah undi mejoriti juga sudah tidak lagi menjadi hak MELAYU.

PakatanRakyat (PR) , adalah dalang sebenar kepada perpecahan MELAYU. Penulis melihat dari satu aspek dimana bermulanya perpecahan Bangsa Melayu , sehingga menularnya fahaman Pluralisme Agama di Malaysia. 

Mengapa Penulis Menyatakan bahawa PR adalah dalang sebenar , MENGAPA MELAYU SUDAH TIDAK BERSATU ? 

Ramai pemimpin masyarakat kini , mengecam tindakan PR yang hanya tidak pernah putus asa menyebarkan  dakyah2 palsu yang berbaur fitnah terhadap kerajaan dan mengaggap PR adalah punca dan dalang kepada BERPECAHNYA BANGSA MELAYU.

Setiap ceramah yang mereka adakan , PASTI tidak akan terlepas cerita Anwar adalah mangsa politik UMNO , KERAJAAN adalah Korupsi , kerajaan makan duit rakyat , kerajaan adalah KRONI dan pelbagai lagi . Soalnya sekarang , jika benar kerajaan KUAT MAKAN DUIT RAKYAT ,  macam mana Negara boleh maju dan membangun sehingga ke tahap apa yang kita boleh lihat dan nilai hari ini. 

MELAYU VS MELAYU .

Terpulang kepada yang membaca entry TWH hari ini untuk menyatakan bahawa TWH adalah seorang yang "RASIS " atau "PERKAUMAN" itu hak masing-masing. Tetapi demi memelihara kemanan sejagat tanahair dan nama baik MELAYU , penulis terpaksa menulis hal ini. 

Seperti rakyat semua sedia maklum bahwa PRU-13 akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja , dan PRU-13 kali ini adalah diantara sejarah Pilihanraya yang bakal berlaku dengan sengit dan pelbagai percaturan yang telah dirancang oleh semua parti politik di Malaysia.

Secara jelasnya MELAYU kini , tidak lagi seperti bangsa MELAYU dahulu , yang mana bila disebut sahaja nama MELAYU , seluruh dunia tahu bagaimana sifat dan sikap orang-orang Melayu yang terkenal dengan sopan santun , menitik beratkan keharmonian antara satu sama yang lain. Tetapi hari ini semuanya sudah hilang dan semakin terhakis kerana peredaran zaman dan perbezaan fahaman politik. 

Sebaik sahaja PRU-13 memulakan rentaknya dan kemenangan menyebelahi kepada kerajaan yang sedia ada , maka PR pasti akan berdemo di jalan-jalan raya sebagai menunjukan protes mereka kepada keputusan PRU-13 nanti. Ini pasti akan berlaku. Maka bermulalah pertelingkahan diantara MELAYU VS MELAYU yang hanya berpunca daripada berbezaan fahaman politik . Didalam PR juga sudah membuktikan bahawa MELAYU juga yang menjadi penyokong tegar kepada perjuangan DAP , PKR dan PAS. Maka tidak hairan lah sekiranya gerak saraf penghapusan BANGSA MELAYU akan terjadi.

Sila ikuti penulisan ini di siri 2 akan datang. penulis akan mendedahkan satu persatu bertapa liciknya perjalanan politik pembangkang.  








Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: