Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh, kesal sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila sewenang-wenangnya membenarkan bukan Islam melaungkan kalimah Allahuakbar.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, memang masyarakat bukan Islam tidak dilarang menyebut kalimah suci berkenaan, namun tindakan Hadi itu merendahkan kesucian Islam.
Semalam, Presiden PAS menimbulkan satu lagi kontroversi apabila berkata, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah parti itu tidak dihalang menyebut Allahuakbar, kerana itu hak mereka.
Tindakan jaga hati masyarakat bukan Islam
Sambil menambah tindakan Hadi itu tidak lebih atas tujuan politik dan menjaga hati masyarakat bukan Islam kerana bimbang PAS hilang sokongan, Ramli berkata, ia akan menimbulkan kekeliruan dan fitnah apabila kalimah suci itu bebas disebut bukan Islam.
Pada zaman Nabi SAW, orang bukan Islam membaca al-Quran sehingga akhirnya memeluk Islam, tetapi dalam hal hari ini, Hadi menggalakkan masyarakat bukan Islam sewenang-wenangnya menyebut kalimah yang bermaksud Allah Maha Besar itu, sedangkan mereka tidak menganggap Allah itu Maha Besar, katanya.
Sementara itu, Hadi yang menerima kunjungan hormat bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, di kediamannya di sini, semalam, juga berkata, Bible versi bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan God atau Lord.
NIK AZIZ KATA !!!!!!
DENGAR APA KATA HARUN DIN !!!!
ini adalah antara perkara Ustz.Harun Din juga akan menerima nasib yang sama seperti Ustz.Nasharuddin. Secara jelasnya , Harun Din telah menerangkan dengan jelas berkenaan dengan isu Kalimah Allah ini.
Dengan penjelasan yang dibuat oleh Ustz.haron Din ini jelas bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz The God Father Of PAS . Apabila berlakukan pertentangan pendapat ini , sudah pasti Nik Aziz sedang memikirkan apakah cara utk melusutkan Ustz.Haron Din daripada organisasinya yang selama ini dianggap mantap dan kuat kerana diktatornya Nik Aziz.
Dengan penjelasan yang dibuat oleh Ustz.haron Din ini jelas bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz The God Father Of PAS . Apabila berlakukan pertentangan pendapat ini , sudah pasti Nik Aziz sedang memikirkan apakah cara utk melusutkan Ustz.Haron Din daripada organisasinya yang selama ini dianggap mantap dan kuat kerana diktatornya Nik Aziz.
0 comments:
Post a Comment