.

HARUS BACA !!!!!! KERAJAAN ZALIM RAMPAS HAK DAN DUIT RAKYAT !!!!


Apabila Kerajaan UMNO Barisan Nasional memberi pakej-pakej Lesen 1Malaysia, Restoran 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500.00, Bantuan Persekolahan, dan sebagainya, maka pakatan haram pun berlumba-lumba nak bersaing bagi elaun sara hidup untuk ibu-ibu tunggal di Selangor, naikkan elaun imam & petugas-petugas masjid di Penang, buat Skim TAWAS, skim air percuma dan sebagainya.

Apabila YAB Perdana Menteri melawat Gaza dalam misi keamanan & perpaduan antara Hamas & Fatah, menyumbangkan dana biasiswa kepada anak-anak Palestin, bantuan perubatan & makanan, maka Anwar Ibrahim pun tanpa bertangguh menghulurkan bantuan USD 700 ribu kepada Hamas.

Ironiknya segala jenis bantuan & sumbangan Kerajaan UMNO Barisan Nasional tersebut merupakan hak Rakyat yang dikembalikan dengan sebaiknya oleh Kerajaan Pusat. Dan ianya ditiru/diciplak bulat-bulat oleh pakatan haram demi menambat hati Rakyat. Begitulah amanah & bertanggungjawabnya Kerajaan UMNO Barisan Nasional di dalam menunaikan hak Rakyat. 

Tentu Rakyat tertanya-tanya dari manakah sumber kewangan Anwar Ibrahim dalam menyalurkan bantuan bernilai USD 700 ribu kepada Hamas sedangkan gaji beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor cuma RM1 sahaja di samping pencen sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri yang hanya beberapa ribu ringgit. 

Sekiranya beliau mempunyai dana yang begitu banyak untuk memberi sumbangan kepada Hamas, mengapakah Universiti Industri Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan???

Sekiranya beliau mempunyai dana yang begitu banyak untuk memberi sumbangan kepada Hamas, mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih berhutang jutaan ringgit setiap tahun kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selama beberapa tahun???

Tidakkah ini boleh dianggap sebagai "kera di hutan disususkan, anak sendiri mati kelaparan???"

Ada sesiapa di kalangan pembaca yang tahu & sudi memberi jawapan???
 
Sumber : BNV
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: