.

ESKLUSIF PRU-13 !!!! SHAH ALAM:RAKYAT SELANGOR TOLAK PEMIKIRAN TUN MAHATHIR!!!


Pencacai dah semakin tak keruan dah malam tadi di shah alam, mereka kata, mana boleh jadi macam ni, kami dah sahkan kemenangan kami di pru13, kami rasa tak logiklah ramai macam ni, ni bn edit ni, sebab kami yakin dan pasti rakyat shah alam 100% menyokong kami la, ahhh bohong, tipu, umno tipu...

kami tetap yakin dan pasti kami sah akan menang di pru13 nanti kata penyokong tegar pas, erm oklah, ye lah, aku faham.. mengerti perasaan anda tu.. ok lah.. ye lah..

hampir 10 ribu orang shah alam hadir ke ceramah tun mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sekali-kali akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Lim Kit Siang seorang rasis atau memohon maaf terhadap penasihat DAP itu.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak sekali-kali akan menutup mutlutnya.

"Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.

"Dah 87 tahun saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut, nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di sini malam tadi,

Lebih 10,000 orang hadir pada program itu. Turut sama ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga Datuk Ahmad Nawawi M Zain dan calon BN kerusi DUN Kota Anggerik, Mohd Yusof Din.

Dr Mahathir juga menyifatkan pembangkang sebagai bongkak kerana mengeluarkan kenyataan untuk menangkap dan memenjarakan beliau walaupun belum memerintah
negara.

"Mereka belum jadi kerajaan dah tunjuk sikap bongkak nak tangkap orang, tunggulah sekejap... pada 5 Mei kita nak lihat siapa kena tangkap," kata Mahathir berseloroh sambil disambut sorakan ribuan hadirin.

Menjawab suara sumbang pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa beliau masih berkempen walaupun sudah bersara, Dr Mahathir berkata, beliau berbuat demikian kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Beliau turut menyampaikan dua rangkap pantun, satu daripada pantun itu bernada sinis, seperti berikut: "Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan di kandung tanah, budi yang baik siapa peduli?"

Dr Mahathir turut meminta rakyat Selangor khususnya di Shah Alam supaya menolak pembangkang dan mengundi calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),
5 Mei ini.

"Dengan undi yang tidak berbelah bahagi, insya-ALLAH BN akan kembali ke Selangor dan seterusnya kekal memerintah Malaysia," katanya.

ps: ahh tipu, tipu, tipu... ai tak habis-habis lagi pencacai sorang ni, dah la.. ye lah memang tipu la..

Sumber: HEadbomb
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: