.

HARUS BACA !!!!! HAMAS UCAP TAKZIAH !!!!!!


Khaled Meshaal yang mengutuskan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia pada rabu lalu melalui Pusat Penerangan Palestin. Pengerusi biro politik Hamas itu menelefon Najib pada Rabu petang untuk menyampaikan ucapan takziah beliau.

Dalam perbualan telefon itu, Meshaal turut menyuarakan setiakawan penduduk Palestin kepada keluarga yang sedang berkabung dan menyampaikan takziah mereka kepada rakyat Malaysia yang menurutnya sentiasa menyokong penduduk Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan.
Beliau turut memuji usaha keras kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat itu yang lenyap daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Menurut PCOM, Najib menyatakan beliau menghargai pendirian Meshaal dan membaharui semula sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Najib mengumumkan pada Isnin bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi dengan tiada tempat untuk mendarat.
mstar


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: