.

HARUS BACA !!!!! NEVER GIVE UP- AHMAD NIZAR ZOLFAKAR !!!!!

Kuala Lumpur - Ahmad Nizar Zolfakar Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA)  berkata kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai cara untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370.

Walau pun pelbagai kesukaran yang terpaksa ditempuhi oleh kerajaan Malaysia, namun usaha untuk terus mencari pesawat MH370 perlu diteruskan tanpa mengenal erti putus asa. 

Ahmad Nizar yang berkata sedemikian ketika taklimat antara delegasi tertinggi Malaysia dan anggota keluarga penumpang warga China pesawat malang itu di sini semalam.

Taklimat yang diadakan oleh deligasi tertinggi Malaysia tidak lah bertujuan bagi membincangankan  dan membangkitkan persoalan membabitkan aspek perundangan.tetapi ianya lebih kepada menunjukkan kesediaan kerajaan Malaysia yang senantiasa komited didalam usaha mencari pesawat MH370 yang melibatkan 154 warga china daripada 227 penumpang yang berada didalam pesawat yang dilaporkan hilang sejak 8 mac lalu. 

Semasa taklimat, berpuluh-puluh persoalan teknikal dan bersifat spekulasi ditanya oleh anggota keluarga. 

Persoalan itu membabitkan kemudahan yang dilengkapi di dalam pesawat Boeing 777-200ER untuk menghalang rampasan, ketinggian maksimum penerbangan MH370, tempoh pesawat boleh terbang melepasi had ketinggian, bekalan oksigen yang mencukupi dan reaksi fizikal penumpang di dalam pesawat sebaik mencapai had ketinggian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi pada hari yang sama.
 
Misi pencarian pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian, di sepanjang dua koriror -- koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. 

Hasil analisis data satelit yang belum pernah diguna pakai sebelum ini, firma telekomunikasi satelit United Kinghdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat rumusan bahawa Penerbangan MH370 terbang melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
 



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: