.

[UPDATE] HARUS BACA !!!!! MANIFESTO WAN AZIZAH ADALAH KEGAGALAN PR SELANGOR!!!!!!


Apa nak jadi negeriku Selangor. Semakin hari semakin semakin teruk jadinya. Ahli-ahli politiknya lebih suka berpolitik hingga lupa pada tanggungjawab membantu rakyat meskipun telah diberi mandat pemerintahan negeri.

Masalah rakyat  tak mahu selesai. Yang mereka tahu cuma bagaimana rakyat boleh dipergunakan semaksimum mungkin dan diseret ke kancah politik demi menyelesaikan hal-hal peribadi mereka.
Wan Azizah lancar 'Manifesto Kajang'
Jom kita renung masalah-masalah yang tak pernah hendak diselesaikan oleh Pakatan Rakyat selama 6 tahun mereka memerintah Selangor dan Kajang.

MASALAH AIR

Akibat dari politicking yang keterlaluan dan bodoh sombong tak mahu terima nasihat dan pandangan kerajaan Pusat sejak 2009, maka hari ini rakyat Selangor menjadi mangsa krisis bekalan air bersih sejak awal Februari lalu.


Dalam keadaan gelabah, kerajaan negeri terpaksa melaksanakan catuan air di merata tempat. Rakyat ramai yang sengsara. Barulah terhegeh-hegeh kerajaan negeri nak sign agreementProjek Langat 2. Kalau ikut cakap pakar dulu sudah tentu 2014 tidak ada masalah air di Selangor.

JALAN ROSAK

Kenapa kerajaan negeri lambat baiki jalan yang rosak di Kajang?

Kemanakah peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan setiap tahun?
Nampak sangat kerajaan negeri telah salahguna dana yang diperuntukkan setiap tahun untuk bayar hutang dan simpan kononnya kerajaan negeri pandai urus kewangan negeri kononnya hingga ada akaun plus. Nampak sangat PKR menipu rakyat.

Tak percaya rujuklah pendedahan Laporan Audit 2013

Rujuk: http://mymassa.blogspot.com/2013/11/benarkah-kerajaan-selangor-guna-duit.html 

JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL BERLELUASA

Semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, masalah jenayah semakin berleluasa. Rumah urut, pusat hiburan haram, curi pasir, rumah sundal, kelab gay, seleweng subsidi minyak, curi gas, curi air, judi, jenayah bunuh, cetak rompak terus bertambah.
Kajang juga tidak terkecuali, ramai penjenayah kongsi gelap bersarang di bandar ini dan mempunyai kaitan dengan DAP. Mereka hidup mewah hasil kerja-kerja haram dan menjadi penyumbang dana kepada DAP.

Apa yang PKR dan ahli-ahli MPKJ buat selama 6 tahun mentadbir Kajang? Hairannya mandat politik mereka bertambah seiring dengan pertambahan jenayah dan masalah sosial? Mesti ada sesuatukan?

JALAN SESAK

6 tahun PKR memerintah Kajang, apakah yang dilakukan oleh pentadbiran MPKJ?

Kerajaan Pusat dah buat lebuhraya Kajang SILK dan LEKAS, dah mempercumakan tol Kajang-Cheras. Kini Kerajaan Pusat juga sedang giat membina sistem MRT Kajang - Sg Buloh.
Tetapi apa yang PKR buat apa untuk atasi masalah kesesakan jalan raya selama 6 tahun kebelakangan ini. Cakap sajakan...Hampeh!

PERKHIDMATAN MPKJ YANG LEMBAB

Ramai ahli MPKJ dan PBT terdiri dari ramai pemimpin PR setempat. Ada dilantik di kalangan lebai profesional. Jawatan mereka silih berganti, tetapi ada juga yang kekal kerana mempunyai kaitan persaudaraan dengan pemimpin-pemimpin tertentu dalam PR.
Tetapi selama 6 tahun kebelakangan apa yang mereka buat? Semuanya tadah mulut dan memboyotkan perut dengan projek-projek masyuk. Rakyat dirugikan, kroni diutamakan.  

Anehnya mereka ini juga yang beria-ria mahu naikkan cukai pintu...Apa duit gaji ahli-ahli majlis MPKJ tak cukup lagikah?


KEBERSIHAN DAN PENGURUSAN SAMPAH

Akibat memberhentikan perkhidmatan Alam Flora kononnya kerana hendakkan perkhidmatan yang lebih murah akhirnya syarikat kroni yang ada kaitan dengan pemimpin negeri diberi kontrak memungut sampah. Bila orang yang tidak mempunyai pengalaman buat kerja maka semuanya jadi caca marba.
Longgokkan sampah tidak dikutip di Kajang...mana pergi lori sampah beli murah dari China?

Kerana akibat lewat bayar pada kontraktor, sampah pun lambat dikutip. Ambil pulak pekerja asing maka perkhidmatan dilakukan banyak yang sambil lewa. Rakyat yang terpaksa hidu sampah busuk.

NASIB PENIAGA DAN PENJAJA KECIL

Apakah kakitangan PBT ditekan oleh ahli-ahli MPKJ untuk menindas para peniaga dan penjaja kecil di Kajang yang majoritinya tentu para peniaga Melayu-Islam?

Sedarkah MPKJ bahawa golongan peniaga kecil terpaksa hidup berhempas pulas mencari modal untuk berniaga tetapi akhirnya mereka diharamkan berniaga, diusir dan peralatan pula disita. Adakah YDP dan ahli-ahli PBT Kajang sedar keperitan hidup rakyat? 

Janganlah YDP Kajang asyik berbangga dengan rekod berbasikalnya keliling Malaya tetapi membiarkan rakyat Kajang menderita. Ingat... jangan aniaya orang nanti gaji dan hidup kita tak berkat.    

Mampukah Wan Azizah atasi kemelut ini? Yang kita lihat dia sibuk diheret ke hulu- ke hilir oleh sang suami yang semakin hampir dicampakkan ke penjara dan memang akan disumbat juga akhirnya. Bagaimanakah hendak menjaga kebajikan rakyat Kajang kalau hal peribadi keluarganya sendiri kelam kabut. 

Akhirnya rakyat jadi mangsa akibat nafsu serakah sang suami.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Anonymous said...

Salam,

Kalaulah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tak bagus, kenapa PKR yang lalu rakyat Selangor undi lagi ? Malahan bukan setakat undi lagi tetapi undi bertambah dimana beberapa DUN yang dimenangi BN pada PKR 12 jatuh kepada Pakatan Rakyat pada PKR 13.

Soal air jelas siapa salahnya - bukankah pengurusan air adalah hak SYABAS ? Bukankah kerajaan PR Selangor sudah berusaha mengambil alih pengurusan air dari SYABAS tetapi ditolak sendiri oleh SYABAS ?

Kalau orang Johor, Melaka, Sabah atau Pahang bolehlah Tuan tipu tetapi macam mana nak tipu orang Selangor yang telah dapat lihat sendiri perbezaan ketara antara kerajaan BN dan kerajaan PR ?

Insha allah, pada PKR 14 nanti akan kukuhlah PR di Selangor.