Apa lagi yang ingin dibuktikan oleh bomoh MH370 ini kepada rakyat Malaysia ? Selepas cuba membuktikan lokasi sebenar dimanakah pesawat MH370,kini mencari punca pula bagaimana mendiang Karpal Singh terlibat dengan kecelakaan jalan raya.
Perbuatan diluar jangkauan akal ini jelas membuktikan bahawa Ibrahim Mad Zin yang menggelarkan dirinya adalah raja bomoh sedunia adalah mengamalkan ilmu yang boleh dikategorikan sebagai ilmu hitam atau lebioh jelas lagi syirik.
Menurut ramalan Ibrahim Mad Zin,kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.
Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.
“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.
Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.
0 comments:
Post a Comment