HUDUD : Didalam membincangkan isu untuk melaksanakan hukum islam ini,terdapat pelbagai pencanggahan pendapat dan cadangan bagi melaksanakanya di Malaysia. Percanggahan ini sering kali dipolitikan oleh sesetengah pihak terutama sekali yang memiliki kuasa politik yang kuat.
Apa yang berlaku pada hari ini adalah kecaman demi kecaman sesama pemimpin politk di Malaysia. Ada yang menyatakan bahawa pemimpin terdahulu didalam UMNO yang menolak bagi melaksanakan hukum Hudud tersebut. Malah berlainan pula bidasan yang diberikan oleh pemimpin di kamar pembangkang.
Rakyat mulai rasa kurang selesa dengan isu yang sering kali menjadi perbalahan diantara dua kuasa politik tanahair pembangkang dan barisan kerajaan. Ianya hanya membawa kepada perbalahan kaum bilamana dua fahaman yang berbeza ini dibawa kejalanan.Celaan demi celaan dilaman sosial itu sudah menjadi perkara biasa didalam halaman besar laman sosial seperti Facebook , twitter dan blog.
Hasilnya,adalah perpecahan kaum mejoriti yang memegang angka 52% mejoriti mengikut pecahan bangsa di Malaysia iaitu MELAYU. Kerana yang berbalah adalah pemimpin Islam Melayu.
Berlainan pula pendapat dengan parti pembangkang yang lain seperti DAP,yang secara terang tidak mahu hukum islam tersebut di laksanakan di Malaysia kerana ianya bertentangan dengan perjuangan mereka demi rakyat dan hak kesama-rataan di kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
Setiap kali menjelang Pilihanraya umum Hukum HUDUD adalah perkara asas perjuangan dan isu yang bakal dibangkitkan oleh pembangkang terutama sekali dikalangan pemimpin PAS. Penulis menyifatkan perjuangan yang hanya akan menghasilkan kebencian rakyat terhadap pemimpin dibarisan kerajaan akan berhasil apabila tuduhan yang mendawa bahawa pemimpin polan dan polan adalah pemimpin yang dalam lembut adalah keras menolak hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Contohnya seperti Tun Mahathir sendiri sehingga ke hari ini dikecam dan masih lagi dituduh sebagai BAPA TOLAK HUDUD di Malaysia.
Jika rakayat mampu melihat dengan lebih jelas dan mendalam isu perlaksaan hukum islam (HUDUD) ini, rakyat akan mendapati bahawa usaha bagi melaksanakan hukum tersebut telah pun didakan oleh udang-undang yang diperuntukan di Malaysia. Sila semak semula peruntukan-peruntukan tersebut untuk mendapatkan jawapanya. Malah usahanya juga telah dijalankan sezaman dengan pemerintahan Tun Mahathir sewaktu dirinya masih berada di kerusi Perdana Menteri Malaysia dahulu.
Seharusnya perlaksanaan hukum hudud ini perlu ada perbincangan yang lanjut diantara dua kuasa politik beserta dengan pakar undang-undang islam dan syariah di Malaysia bagi mendapatkan titik mula perlaksanaan hukum tersebut di Malaysia. Dalam erti kata lainnya diantara dia fahaman politik,garis panduan agama islam perlulah di pelihara dan dijaga terlebih dahulu dan perlu ada "MIDDLE ROOM" yang bersifat neutral didalam menimbang balik perbincangan tersebut tanpa ada pengaruh politik atau pengaruh mana-mana pihak suara atau tangan luar.
0 comments:
Post a Comment