.

#MH370 waris penumpang mohon bantuan kewangan


Pertemuan 2 jam bersama waris penumpang MH370 yang masih berada di Malaysia,berjalan dengan baik tanpa ada apa-apa peristiwa berlaku yang boleh mengganggu hati dan perasaan waris yang masih setia menanti perkembangan terkini berkenaan dengan MH370 yang hilang sejak 8 mac yang lalu.

Didalam pertemuan secara tertutup tersebut waris penumpang MH370 yang terlibat memohon agar mereka diberi bantuan kewangan didalam menghadapi saat sukar sebegini sudah pasti banyak wang telah habis dibelanjakan. Namun perkhabaran positif yang diberikan oleh Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan antara beliau dengan kira-kira 40 waris di sebuah hotel di sini petang tadi.

Hamzah berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa berkenaan esok untuk diteliti dan kerajaan sedaya upaya akan cuba membantu mereka mengharungi waktu yang amat sukar ketika ini.
"Kami bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan apa yang saya katakan sebelum ini, perkara berhubung kepentingan mereka sentiasa dekat di hati kita.
"Kami memahami keperluan mendesak untuk mendapat maklumat bagi pihak keluarga dan mereka yang memerhati di seluruh dunia," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan waris penumpang MH370 di sini.
Pertemuan tertutup selama lebih dua jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Bantuan yang dipohon akan datang dari MAS dan kerajaan Malaysia sekiranya difikirkan perlu.Bantuan yang diberikan juga bukan setakat waris yang berada di Malaysia, malah ianya juga meliputi waris yang berada di China.
Didalam pertemuan tersebut Hamzah juga menyatakan Malaysia hanya akan membuat pengumuman mengenai mangsa yang terlibat selepas mendapati mempunyai bukti dan asas yang kukuh.
Menyedari bahawa kini seluruh negara didunia sedang memerhatikan gerak langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia di dalam menangani isu ini serta telah banyak spekulasi yang dikeluarkan sejak dari hari pertama pesawat milik MAS tersebut dilaporkan hilang.  


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: