.

MADU TIGA 3 KIAN RETAK MENANTI BELAH

Hadi Awang dan Datuk Haron Din di muktamar PAS ke-55

Penyatuan 3 parti pembangkang DAP ,PKR dan PAS melalui Tahaluf Siyasi kini dilihat umpama madu tiga yang menghadapi masalah rumah tangga yang kian retak dan hanya menanti belah atau kehancuran mereka . 

Bermula dengan krisis politik Negeri Selangor, kini ketiga-tiga parti tersebut dilihat seperti hilang arah apabila pucuk pimpinan PAS Hadi Awang bersuara dengan memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor secara tidak langsung ianya memperlihatkan pendirian PAS yang bertentangan dengan kehendak dan hala tuju Anwar Ibrahim yag menginginkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. 

Sedang sidang Muktamar PAS ke-55 berlangung, Mat Sabu pula menerima tempelak dari dewan perwakilan pemuda PAS yang selama ini memberikan sokongan mereka kepada golongan ulama dan tok guru didalam PAS.


Adakah PAS akan masih bersama-sama PR ? 

Perkara ini dilihat semakin jelas apabila Datuk Ustaz Haron Din dan dewan ulama PAS meminta agar kerjasama diantara ketiga-tiga parti pembangkang ini dikaji semula diperingkat pemimpin Pakatan Rakyat. Membawa maksud seolah-olah ada perkara yang tidak kena di dalam Tahaluf Suyasi yang dijalinkan diantara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Gesaan yang dibuat oleh Datuk Haron Din kepada Presiden PAS Hadi Awang,setelah melihat dan merasakan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP dan PKR sehingga tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa keputusan yang sewajarnya apabila terjadinya sesuatu hal. Contohya seperti Krisis politik Negeri Selangor pendirian Presiden PAS dipertikaikan oleh Anwar Ibrahim sendiri. 

Setiap hari pasti akan ada fitnah yang melibatkan Majlis Syura dan Hadi Awang. Apabila tiada jawapan yang kuat diberikan oleh pihak PAS , ianya semakin dilihat PAS di kawal ketat oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang .

Adakah PAS akan terus bersama-sama didalam perjuangan Pakatan Rakyat selepas kajian semula dibuat oleh Majlis Ulama dan Kepimpinan tertinggi PAS. Jawapanya Mungkin YA dan mungkin juga TIDAK. 





Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: