.

ATASI STRESS TERBAIK DI DUNIA


STRESS MENGATASI RAKYAT MALAYSIA.

Hari ini gejala "STRESS" semakin menular dikalangan rakyat Malaysia tanpa mengira faktor umur. 

Mungkin sudah tiba masanya anda mencuba cara paling berkesan untuk meredakan stress anda itu.

Bukan dengan pil, ubat mahupun cara-cara pelik yang lain. Tetapi dengan cara paling semula jadi dan benar-benar berkesan.

Belalah haiwan peliharaan!

Ya, haiwan seperti kucing dan arnab adalah terapi paling efisien. Bagi anda yang tidak gemarkan binatang, maka ia satu kerugian untuk anda.

1. BUAT ANDA GEMBIRA
Membela binatang peliharaan membantu mengeluarkan hormon endorphin iaitu hormon yang membuat anda berasa gembira. Sentuhan anda membantu degupan jantung berdenyut dengan lebih normal, melegakan otot dan minda anda.


2. KOMUNIKASI
Komunikasi bersama si comel boleh membantu keseluruhan kesihatan anda terutama merendahkan tekanan darah. Ia juga menjadikan si comel turut gembira bila anda berkomunikasi dengannya.

3. TERAPI PESAKIT
Binatang peliharaan lazimnya dijadikan alat untuk membantu terapi pesakit di hospital. Melihat dan menyentuh binatang boleh membuatkan memori zaman kanak-kanak muncul kembali seterusnya memulihkan kesihatan seseorang.


4. MEMBANTU HUBUNGAN
Ia membantu hubungan anda yang lebih baik bukan sahaja terhadap haiwan peliharaan, namun kepada manusia juga. Ini kerana ia memupuk sifat berkasih sayang, ambil berat, peka dan sebagainya.

Kesimpulanya adalah cara yang terbaik bagi mengatasi masalah stress di dunia adalah dengan membela binatang kesukaan anda untuk dijadikan sebagai perkara yang mampu memberikan ketenangan kepada jiwa dan minda anda selepas menghadapi pelbagai cabaran sepanjang menjalani hari-hari anda. 



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: