.

BUANG KERJA KERANA GST


Kuala Lumpur - Perlaksanaan GST di Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 April lalu, secara jelasnya memberikan impak yang tinggi di Malaysia terutama sekali di kalangan rakyat Malaysia. 

Kenaikan harga barang yang mendadak selepas kerajaan mengumumkan perlksanaan GST tersebut kini dilihat telah mendominasi isu kenaikan harga bahan api di Malaysia. 


Namun ianya berlainan pula yang berlaku kepada majikan sektor peruncitan , pembuatan dan hospitaliti yang dikatakan lebih daripada 20% majikan didalam sektor tersebut terpaksa mengambil tindakan buang kerja ekoran daripada kos operasi yang meningkat selepas perlaksanan GST dikuatkuasakan.

Perkara ini diperakui oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang mewakili majikan perniagaan SME dan peniaga kecil di Malaysia .



Mempunyai lebih daripada 5000 syarikat yang berdaftar di bawah MEF sebagai 22 persatuan perdagangan. 20% daripadanya telah membuat keputusan untuk membuang pekerja mereka setelah menerima keuntungan 20 hingga 50% jika dibandingkan dengan sebelum perlaksanaan GST di Malaysia. Secara jelasnya peniaga-peniaga di dalam sektor ini mengalami kerugian sebanyak 30% secara purata selepas sistem pencukaian yang dikatakan lebih komprehensif tersebut di laksanakan.

Ternyata rakyat Malaysia kini lebih berhemah dan berhati-hati ketika berbelanja. Kini , kenaikan harga minyak seperti petrol dan gas tidak lagi menjadi igauan negeri rakyat Malaysia setelah GST dikenakan kepada harga barangan dipasaran sahaja. Ini lah akibatnya yang terpaksa di tanggung oleh syarikat perniagaan yang dahulunya tidak makan untung secara berleluasa serta menaikkan harga barang sesuka hati. Walaupun sebelum ini rakyat akan menunding jari kepada Kerajaan Malaysia, kini rakyat perlu mulai sedar bahawa walau pun kerajaan meningkatkan pelbagai usaha untuk mengawal harga barang di Malaysia,tetapi hakikat yang sebenar adalah peniaga yang tidak mengikut penjadualan harga barangan yang telah ditetapkan. 

 






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: