.

MUHYIDDIN YASSIN BAKAL TERSINGKIR



Kuala Lumpur-Rombakan kabinet yang bakal di lakukan oleh Dato'Seri Najib dalam masa terdekat kini semakin kuat kedengaran dari sumber "Prime Minister Office (PMO)". Melalui beberapa sumber menyatakan rombakan tersebut akan melibatkan hampir lima puluh peratus barisan kabinet hari ini akan di singkirkan termasuk Tan Seri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Melalui sumber laporan yang diterima,menyatakan, rombakan ini terpaksa dilakukan oleh Dato'Seri Najib demi menjaga keutuhan kerajaan kepimpinanya yang semakin hari semakin menerima tekanan,terutama sekali apabila ianya dicampur tangan oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr.Matahir Mohammad.

Rombakan yang bakal dibuat oleh Najib kali ini akan memberikan kejutan yang besar apabila desas-desus memberitahu bahawa nama Tan Seri Muhyiddin Yassin akan disingkirkan daripada senarai kabinet yang baru di rangkakan oleh Najib.

Malah peralihan kerusi tersebut akan diberi kepada Ahmad Zahid Hamidi bagi menggantikan tempat Muhyiddin Yassin sekaligus memberikan laluan kepada Hisammuddin yang juga sepupu kepada Perdana menteri tersebut.

Pelbagai rumusan boleh dibuat. Namun yang pastinya , Dato'Seri Najib masih belum membuat pengumuman yang sahih berkenaan dengan rombakan yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat tersebut.

Terdahulu, Najib pernah membuat penafian bahawa beliau akan merombak barisan kabinet kepimpinan beliau ekoran daripada tidak mendapat sokongan daripada ahli kabinetnya didalam isu 1MDB.

 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: