.

FAHRIN AKUI BERASA SUNYI

Ini memang edisi pengantin baru kerinduan. Mana tidaknya, pelakon Fahrin Ahmad, 36 mendedahkan betapa dia berasa sunyi kerana sendirian. Isterinya, Elena Hani Eleas, 37 yang bertugas sebagai ketua pramugari hanya dapat menemuinya dua minggu sekali sahaja.

Itu yang diluahkan oleh Fahrin melalui portal Mstar online. "Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai.

"Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini," ujarnya.

Bertanyakan mengenai bulan ramadhan yang tinggal hanya seminggu sahaja lagi fahrin berkata Elena sudah mengambil cuti seminggu pada awal ramadhan untuk bersama-sama denganya. Jelas tergambar keriangan diwajah fahrin. 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: