.

VIDEO PENDAKI BOGEL DIDAKWA


Empat daripada 7 pelancong yang didakwa melakukan perkara yang tidak senohoh di puncak Gunung kinabalu hari ini dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan tersebut. 

Ketua Polis Sabah, Komisioner Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pendakwaan yang dibuat kepada empat pendaki warga asing tersebut berkemungkinan besar mereka akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 3 bulan jika didapati bersalah diatas berkelakuan tidak senonoh di puncak Gunung Kinabalu.

Dua wanita warga Kanada itu, dan masing-masing seorang lelaki warga Kanada dan British, boleh didakwa di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan jika didapati bersalah kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Pada sidang medianya awal hari ini, beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes itu ditutup kerana semua mereka "mengaku" atas kesalahan yang dilakukan pada 30 Mei lalu.

Mereka dihadapkan di hadapan Majistret Ranau Dzul Elmy Yunus di Kota Kinabalu dan kini sedang ditahan reman empat hari di lokap PDRM Karamunsing sehingga sabtu. 

Gambar bogel pendaki warga asing itu menjadi viral dan mencetuskan kemarahan etnik KadazanDusun di Sabah yang menganggap tindakan mereka menghina kesucian gunung yang dipercayai menjadi tempat berehat nenek moyang sebelum diangkat ke syurga.

Mereka menyalahkan tindakan kumpulan berkenaan mengakibatkan gempa bumi dengan magnitud 5.9 skala Richter melanda Ranau pada Jumaat minggu lalu.



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: