.

[INFORMASI] PENGAMBILAN VITAMIN , PENYUMBANG KEPADA KANSER



Kajian utama telah mendedahkan,penemuan terbaru kepada penyakit kanser adalah dengan mengambil makanan tambahan vitamin menemui lebih banyak keburukan serta ianya meningkatkan risiko penyakit jantung.

Menurut Dr Tim Byers salah seorang daripada pakar-pakar kanser terkemuka dunia telah memeriksa kertas penyelidikan tersebut yang telah menjangkau 30 tahun pengkajianya.
Beliau melihat kepada tiga aspek yang luas apabila pengambilan yang tidak mengikut DOS dan makanan tambahan seperti , tablet Vitamin E , Beta-Karotena dan Asid Folik sekaligus Tim Byers memberikan amaran terhadap pengambilan jenis-jenis vitamin tersebut secara berlebihan mengikut jumlah harian yang disyorkan.

Dr Byers berkata : " Kami tidak pasti mengapa ini berlaku tetapi bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil makanan tambahan pemakanan lebih daripada yang diperlukan cenderung mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser .

 " Apabila kita mulakan ujian makanan tambahan dalam model haiwan kami mendapati bahawa hasilnya memberangsangkan.

Akhirnya kami mengalihkan kajian kepada manusia . Kami telah mengkaji beribu-ribu pesakit selama 10 tahun yang mengambil makanan tambahan dan plasebo ." 

Kami mendapati bahawa makanan tambahan sebenarnya tidak memberi manfaat kepada kesihatan mereka . Malah , sesetengah orang sebenarnya mendapat kanser kerana mengambil vitamin tambahan ."

Makanan tambahan seperti asid folik yang diambil oleh lebih daripada 230,000 wanita hamil UK setiap tahun kerana ia boleh membantu mencegah spina bifida dan kecacatan terhadap kelahiran lain yang memberi kesan kepada otak dan tulang belakang.

Tetapi satu kajian yang dibuat oleh pasukan Dr Byers 'mendapati terlalu banyak meningkatkan peluang untuk mendapat kanser sebanyak 56 %.

Dalam dua ujian beta- karotena makanan tambahan mendapati pengambilan lebih daripada dos yang disyorkan akan meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung sebanyak 20 %.

Sementara itu terdapat satu lagi percubaan terhadap 35,000 orang antara tahun 2001 dan 2014 di Amerika mendapati pengambil terlalu banyak pil vitamin E meningkatkan risiko kanser prostat sebanyak 17 % .

Asid folik secara semula jadi terdapat didalam sayur-sayuran hijau seperti brokoli .Vitamin E terdapat dalam makanan seperti kale dan badam dan diambil untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh .Beta karotena  antioksidan yang diambil untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser terdapat dalam lobak merah dan mangga . 

Hasil kajian ini akan dibentangkan pada sidang kemuncak kanser di Amerika Syarikat tahun ini .
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: