.

[INFORMASI] PERCUTIAN MILD-SEVEN DI PELANTAR MINYAK USANG-SABAH


Percutian ala-ala mild seven apabila sebuah pelantar minyak usang berhampiran Pulau Mabul dijadikan lokasi percutian diatas lautan biru tanpa ada sebarang gangguan dari kebisingan hiruk-pikuk bandaraya.

Seaventures Dive Rig Resort yang terletak berhampiran dengan Pulau Mabul , Sabah menjadikan pelantar usang tersebut sebagai hotel ditengah laut serta menawarkan penghidupan dan pengalaman percutian yang berbeza cita rasa jika dibandingkan dengan percutian dipulau-pulau yang lain. 

Perbezaan yang ketara jika selama ini hanya mereka yang bekerja di pelantar minyak saja yang merasai suasana tinggal di sana, kini anda juga berpeluang untuk merasai suasana ini.

Menawarkan 27 bilik termasuk bilik untuk keluarga, bilik dengan 2 katil dan juga asrama.
Anda pastinya tak bosan tinggal di sini walaupun dikelilingi laut sahaja. Berbagai kemudahan disediakan termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang.


Diantara aktiviti yang diadakan di hotel atas laut ini adalah "Scuba Diving" untuk menerokai keindahan alam dibawah air.
Sebaik saja anda berada di sini, akses untuk menyelam adalah mudah kerana hotel ini menyediakan elevator yang membawa anda turun ke bawah.



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: